top of page
Pusat Sumber Sekolah: Service

Visi Pusat Sumber Sekolah

1.     Mempertingkatkan pengurusan kurikulum supaya sistematik dan berkesan ke arah sekolah bestari.
2.     Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif dan inovatif untuk membantu sahsiah guru-guru supaya mereka dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
3.     Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk  membantu pembinaan sahsiah pelajar itu sendiri supaya dapat memainkan peranan yang positif apabila mereka tamat persekolahan dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Misi Pusat Sumber Sekolah

1.     Meningkatkan taraf pengajaran-pembelajaran dan prestasi pencapaian akedamik.
2.   Menggalakkan murid-murid dan guru-guru menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran dan pengajaran supaya  mereka tidak bergantung kepada kaedah tradisional semata-mata.
3.   Menggalakkan tabiat belajar sendiri, tabiat membaca, tabiat ingin tahu di kalangan murid melalui penggunaan sumber-sumber di PSS.
4.   Bertindak secara inovatif sebagai pusat maklumat dan komunikasi.
5.   Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang munasabah untuk memenuhi keperluan murid-murid yang berbeza antara satu dengan lain.
6.     Melatih murid-murid menggunakan perkhidmatan PSS untuk menimba pengetahuan dan membuat kerja-kerja rujukan.

Moto Pusat Sumber Sekolah

Menjadikan Pusat Sumber Sekolah Ke arah Kecemerlangan Budaya Ilmu.

Pusat Sumber Sekolah: List
Picture6.jpg

Peranan Dan Fungsi Pusat Sumber Sekolah

1.   Secara ideal PSS itu bertindak sebagai agensi pusat untuk memperolehi, menghasil, mengorganisasi dan mengedarkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan murid-murid.
2.   PSS berkhidmat sebagai pusat di mana bahan-bahan itu dapat digunakan secara individu atau berkumpulan.
3.   PSS merupakan satu bank di mana bahan-bahan pendidikan menjadi  alternatif untuk penggunaan di dalam kelas atau di rumah.
4.   PSS merupakan pusat perantaraan antara sekolah dengan agensi perkhidmatan maklumat lain seperti perpustakaan awam, pusat sumber negara dan sebagainya.
5.   PSS membolehkan guru-guru dan murid-murid mendapatkan sumber-sumber yang dimiliki oleh sekolah dan yang berkaitan dengan bidang pelajaran.
6.   PSS memberi panduan kepada guru-guru dan murid-murid untuk mencari, memiliki, menghasilkan dan menggunakan bahan-bahan selaras dengan keperluan dan tujuan masing-masing.
7.   PSS menjalankan tugas untuk menilai dari semasa ke semasa setiap bahan yang diperolehi.
8.   PSS hendaklah menentukan bahawa bahan-bahan yang dihasilkan atau yang diperolehi itu adalah selaras dengan kehendak kurikulum sekolah.
9.   PSS itu hendaklah memandang jauh dengan membuat perancangan supaya penumpuannya selaras dengan kehendak zaman teknologi maklumat serta perkembangan baru dalam bidang kurikulum dan kokurikulum

Peranan Pusat Sumber

Murid-murid cuma boleh masuk ke pusat sumber pada masa yang ditetapkan dengan ditemani oleh guru kelas dan mesti mematuhi peraturan-peraturan yang berikut:

1.   Tidak boleh membuat bising di dalam pusat sumber.

2.   Tidak boleh membawa beg, makanan dan minuman ke pusat sumber.

3.   Semasa memasuki dan meninggalkan pusat sumber, murid mesti diperiksa oleh pengawas pusat sumber.

4.   Murid bukan pengawas pusat sumber dilarang memasuki kaunter.

5.   Murid mesti beratur untuk memulangkan buku. Sesiapa yang lewat memulangkan buku  akan didenda 10 sen bagi setiap buku. Murid itu juga tidak dibenarkan meminjam buku  untuk minggu itu.

6.   Setelah memulangkan buku, murid boleh mengambil balik kad pinjaman dan terus pergi meminjam buku.

7.   Setiap murid hanya boleh meminjam tiga buah buku (atau 2 buah buku dengan sebuah VCD) , iaitu sebuah buku Bahasa Cina, sebuah buku Bahasa Melayu dan sebuah buku Bahasa Inggeris.

8.   Apabila meminjam buku, pastikan buku itu berada dalam keadaan yang  baik. Buku yang mempunyai sebarang kerosakan mestilah beritahu  pengawas pusat sumber. Buku yang didapati rosak setelah dipinjam, mesti ditanggung oleh peminjam.

9.  Serahkan kad pinjaman kepada pengawas pusat sumber di kaunter pinjaman. Setelah meminjam buku, semakkan tarikh pemulangan yang dicap oleh pengawas. Pastikan tarikh itu adalah betul.

10. Buku yang mempunyai No. Panggilan bermula dengan huruf “F” ialah buku fiksyen, seperti FC, FM, FI/FE. Buku yang bernombor ialah buku bukan fiksyen.

11. Buku “Titik merah” ialah buku rujukan, hanya untuk dibaca di pusat sumber. Buku “Titik biru” adalah kegunaan guru. Buku yang mempunyai label hijau dan jingga adalah buku pinjaman kelompok. Hijau bagi murid Tahap I manakala jingga untuk murid Tahap II. Semua buku tersebut tidak boleh dipinjam.

12. Buku mesti diletakkan semula di tempat asalnya mengikut No. Panggilan setelah dibaca.

13. Murid yang didapati mencuri, menyembunyikan, atau merosakkan  buku akan didenda.

 Kad pinjamannya akan diambil balik dan tidak boleh meminjam buku lagi.

14. Setelah meminjam buku, sebahagian murid boleh beredar ke E-PSS dan menggunakan  kemudahannya. 

15. 5 minit sebelum meninggalkan pusat sumber, murid harus membantu  pengawas pusat sumber mengemaskan buku.

Peraturan E-PSS

1. Pelajar diminta senyap apabila memasuki E-PSS.
2. Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam E-PSS.
3. Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
4. Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini.
5. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke E-PSS semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
6. Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik audio visual di tempat yang disediakan.
7. Pelajar dikehendaki mengisikan Rekod Penggunaan yang terletak di atas meja komputer.

Bahan-bahan E-PSS

1. Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
2. Segala perisian di dalam bilik ini tidak boleh dikeluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.

Pusat Sumber Sekolah: List
Pusat Sumber Sekolah: Activities
PSS TIMEs.jpg
bottom of page