top of page

Peraturan Sekolah

1. Murid-murid Dilarang

a. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan  Pejabat Pelajaran.   

b. Merosakkan dan membinasakan harta sekolah.


2. Pakaian Murid Semasa Di Sekolah

 Murid-murid dikehendaki    

a. Memakai pakaian sekolah yang bersih , selesa dan kemas serta memakai “tag nama”.    

b. Memakai kasut getah putih dan setokin putih.

c. Pakai pakaian yang ditetapkan iaitu “T-shirt” dan seluar pendek yang berwarna biru semasa mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan Kokurikulum.        


3. Rambut

Jangan berambut panjang sehingga  kena kolar baju atau pendek hingga ke atas telinga.  Panjang rambut depan sebaik-baiknya 1 cm  atas kening mata.


4. Kebersihan

 Murid-murid dikehendaki    

a. Membuang sampah ke dalam tempat yang disediakan.

b. Menjaga kebersihan bilik darjah, bangunan, kantin, tandas dan kawasan sekolah  seluruhnya.    

c. Menjaga kebersihan alat-alat sekolah termasuk tempat basuh tangan dan lain-lain.


5. Ketidakhadiran

 Murid-murid dikehendaki memberitahu guru darjah sebab-sebab tidak hadir ke sekolah  secara bertulis.  Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut tanpa  memberitahu akan diambil tindakan.


6. Waktu Persekolahan

 a. Jangan membuat bising dan mengganggu ketenteraman di dalam atau di luar bilik darjah.

b. Tidak boleh keluar dari bilik darjah semasa waktu pembelajaran sedang  dijalankan.  Kalau ada hal yang mustahak hendaklah mendapat kebenaran dari guru atau ketua darjah.

c. Tidak boleh keluar dari kawasan sekolah tanpa mendapat kebenaran dari Guru,atau Guru Besar.

d. Tidak boleh berlari atau berjalan berpusu-pusu di koridor atau membuat bising hampir dengan pejabat Guru Besar dan Pejabat Sekolah.      

e. Semasa bergerak dari bilik darjah ke padang/ dewan hendaklah berbaris berdua-duaan dengan kemas dan tidak bising, kemudian baru boleh berjalan menuju ke tempat yang ditetapkan.

f.  Waktu hendak balik ke kelas juga tidak dalam keadaan kelam kabut dan berjalan  berdua-dua.


7. Pertuturan Atau Percakapan

a. Tidak boleh membuat bising dengan menjerit atau bersorak di dalam dan juga di luar  kawasan sekolah.   

b. Semua murid tidak boleh bercakap menggunakan bahasa kasar.   

c. Dilarang bercakap menggunakan dialek masing-masing. Murid-murid hendaklah bertutur menggunakan Bahasa Mandarin, Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja semasa berada di  kawasan sekolah.


8. Alat-alat Sekolah

a. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang alatan sekolah melainkan dengan kebenaran   guru-guru yang berkenaan.   

b. Jika menggunakan alatan sekolah, alatan tersebut hendaklah dibersihkan, dijaga dengan  baik dan disimpan semula di tempat yang ditetapkan.   

c. Tidak boleh merosakkan atau menghilangkan alatan sekolah.


9. Bilik Darjah

 a. Cebisan kertas-kertas dan sampah sarap hendaklah dibuangkan ke dalam bakul sampah  dan tidak ditinggalkan bersepah-sepah di atas lantai atau tersorok di bawah bangku atau di dalam meja.   

b. Ketua darjah mesti memastikan kipas-kipas dan lampu-lampu dipadam semasa murid-murid meninggalkan bilik darjah.   

c. Ruang lorong yang bersebelahan dengan bilik darjah mesti dalam keadaan bersih dan  kemas   

d. Pada masa rehat semua murid mesti meninggalkan bilik darjah melainkan murid-murid  yang bertugas .


10. Perkara –perkara Am

Murid-murid mesti   

a. Menghormati lagu Kebangsaan, bendera Negara dan bendera Negeri.   

b. Menghormati guru-guru dan semua kakitangan sekolah.   

c. Menyerahkan barang-barang yang dijumpai kepada Guru Bertugas atau Guru Pengawas.   

d. Berkelakuan baik untuk menjaga imej sekolah.   

e. Mengharumkan nama sekolah di dalam apa-apa lapangan.   

f.  Murid-murid dilarang memasuki kawasan Sekolah Menengah Ave Maria melainkan ada urusan penting.   

g. Murid-murid mestil mematuhi arahan-arahan pengawal. Lalulintas apabila menyeberang jalan di depan sekolah.


 11. Hukuman Yang Boleh Dikenakan Kerana Melanggar Peraturan-peraturan Sekolah termasuk : 

 a. Nama disenarai hitam  (black marked).    b. Diberi amaran bertulis.    c. Gantung persekolahan.

Peraturan Sekolah: Text

校规

1. 学生禁止:    

a. 犯校规或其他教育局定下之规条。

b. 毁坏学校财物。


2. 服装:    

a. 学生必须穿干净合身及整齐之制服及佩戴名牌。    

b. 学生必须穿白胶鞋白袜。 

c. 上体育课或课外活动亦须穿上学校规定“ T恤” 及深蓝色短裤。


3. 发型:    头发长度适中,不可短至耳朵上,不可长至衣领,刘海须高过眉毛至少 1 公分。


4. 指甲:    常常剪指甲及保持清洁,不可涂指甲油。


5. 装饰品: 不允许学生佩戴任何装饰品到校,手表除外,发饰只用黑色或深蓝色发 夹或丝带。


6. 整洁 (卫生):    

a. 垃圾必须倒在指定的地方。    

b. 保持教室,校舍,食堂,厕所以及校园之整洁。 

c. 学校之用具,包括洗手盆等必须保持清洁。


7. 缺席: 凡有事未能到校上课必须以书面通知级任;任何学生连续无故缺席三天 将面对校方调查行动。


8. 上课时间内:    

a. 不准吵闹而干扰他人。    

b. 除非得到老师或级长许可,否则不准擅自离开教室。    

c. 除非得到校长或监护老师许可,否则不得离开学校。    

d. 任何时刻不得在校长室及办公室附近走廊奔跑或吵闹。    

e. 到礼堂或操场必须两人并排成整齐队伍,途中不得喧哗。

f. 从礼堂或操场回到教室亦然。


 9. 不论校内或校外交谈时不可高声叫嚷,所用词语必须温文有礼,在校交  谈除使用华语,国语或英语外,方言或粗言一概不准使用。


10. 学校用具:  除非得到老师许可,不准使用学校用具;在使用学校器具时,必善加保  管,不得损坏或遗失,用后必须放回原处。


11. 教室内:      

a. 纸屑,垃圾必须丢进纸箩里而不是散落满地。     

b. 离开教室前,级长必须确保风扇或电灯已关好。     

c. 教室周围亦必须保持清洁。     

d. 休息时除了值日生,其他学生一概不准留在教室内。


12. 普通事项:     

a. 学生必须尊敬国旗,国歌及州旗。     

b. 尊敬师长。    

 c. 拾到遗失物件须交给监护老师或学长。     

d. 有崇高品德维护学校良好形象。     

e. 处处设法提高学校美誉。     

f. 除非有特别事务,不得进入圣母中学范围。    

 g. 越过马路须服从交通指挥人员的指示。


13. 学生犯规之处分:    a. 记过  b. 警告信  c. 暂停学籍

Peraturan Sekolah: Text
bottom of page